Saturday, November 5, 2011

10 Tips Menjaga Handphone

Dalam handphone banyak privacy data yang kita simpan sampaikan kalau di beri pilihan antara handphone dengan maklumat peribadi, mesti kita pilih maklumat peribadi kn? So di sini ada tip-tip berguna :

1. Jika anda mempunyai kad SIM baru, maka anda hendaklah mendaftarkannya terlebih dahulu.


2. Aktifkan fungsi keselamatan seperti PIN code atau code PhoneLock sebelum akses handphone. Langkah ini untuk menjaga handphone anda dari diakses oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



3. Aktifkan fungsi Keypad Lock secara automatik, ini bagi mengelak anda tertekan butang Call secara tidak sengaja.
4. Selalu cas handphone apabila bateri hampir habis atau betul-betul habis. Jika andamengecas handphone sebelum bateri habis sepenuhnya, ini menyebabkan bateri handphone anda cepat rosak.


5. Gunakanlah bateri original dan berkualiti. Selain daripada menjaga handphone agar tetap sihat ia juga turut menjaga bateri agar tahan lama.


6. Jika anda sering meletakkan handphone anda di merata tempat, ubahlah tabiat anda sekarang. Ini kerana ia boleh merosakkan kerangka handphone jika tidak sengaja terpijak atau terduduk atas handphone tersebut. Anda juga boleh gunakan sarung handphone untuk melindunginya.


7. Jika handphone anda kelihatan kotor, bersihkan ia dengan menggunakan kain lembut. Jangan gunakan air untuk membersihkannya agar dapat menjaga komponen handphone dari rosak.


8. Letakkan handphone anda di tempat yang mempunyai suhu normal supaya komponen handphone anda tidak berlaku pengewapan.


9. Jika anda merasakan suhu handphone terlalu panas setelah anda menggunakannya, anda dinasihatkan mematikan handphone tersebut bagi menjaga komponen handphone tersebut agar tidak mudah rosak.


10. Jangan sengaja atau tidaksengaja jatuhkan, baling atau dekatkan handphone anda dengan api, atau membiarkan terdedah kepada terik cahaya matahari seperti meninggalannya di dalam kereta. Ini juga bagi mengelakkan dari handphone anda dicuri serta kerosakan pada kereta anda itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment

my facebook