APA ITU RESDUNG?
Resdung,sekiranya tidak segera dirawat boleh membawa maut !
APA ITU RESDUNG?
Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.
Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.
APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.
Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.
APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.
Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.
Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.
Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.
Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
PENCEGAHAN
• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.
PENJAGAAN DIRI
• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
• Menyedut Balm Resdung Madinatul Asrar adalah sangat baik. Ia meningkatkan pergerakan silia hidung untuk menyapu kekotoran keluar.
• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
• Berehatlah secukupnya.
Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.
BERJUMPALAH PAKAR RESDUNG...
Kadangkala begitu sukar untuk mendiagnoskan Sinusitis kerana simptomnya hampir seakan-akan sama dengan simptom selema dan alahan. Anda perlu menilai semula dan memastikan tanda-tanda dan simptomnya. Anda perlu berjumpa Perawat Madinatul Asrar, jika:
• anda mendapat lebih dari 3 kali serangan Sinusitis.
• simptom selesema anda berpanjangan sehingga melebihi dari 10 hingga 14 hari atau semakin lama semakin teruk
• mendapat sakit kepala yang kuat, berbeza dengan yang pernah anda alami dan tidak dapat hilang dengan ubat analgesik yang anda biasa belikan. 7 tekanan di bahagian muka.
• terdapatnya hingus yang berwarna kuning-kehijauan atau bercampur darah.
• Demam dan batuk
• Kesesakan hidung atau hidung tersumbat
• Bengkak di sekeliling mata dan dahi. Jika anda didiagnoskan dengan betul dan mengambil ubat rawatan yang diberi, simptom Sinusitis anda - seperti rasa sakit dan dedar, akan hilang. Anda akan bernafas dengan lega semula.
ALAHAN
'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.
Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan Anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.
PENYEBAB
• Tumbuh-tumbuhan.
• Makanan.
• Ubat-ubatan.
• Debunga.
• Sengatan lebah.
• Gigitan.
ALAHAN RHINITIS (demam alahan)
Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.
TANDA-TANDA & GEJALA
• Penghasilan mukus (lendir).
• Gatal-gatal di :
o Tekak
o Hidung
o Mulut
o Mata
o Kulit
• Batuk.
• Sakit kepala.
• Hidung berair/Bersin.
• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).
RAWATAN
• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.
Pengurusan sendiri
• Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.
• Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
• Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
• Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
• Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
• Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.
ALAHAN MAKANAN
• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
• Intolerans terhadap makanan.
• Sindrom gangguan usus.
• Tekanan fizikal.
• Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.
GEJALA
• Tekak terasa gatal.
• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
• Sakit perut.
• Loya.
• Muntah.
• Kekejangan otot perut.
• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
• Gatal-gatal/urtikaria.
• Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
• Penyumbatan rongga hidung/hidung berair.
• Sesak nafas/bunyi ronkus.
RAWATAN
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna Kortikosteroids.
PENGURUSAN DIRI
• Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
• Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
• Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
• Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi Anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
• Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.
ALAHAN UBATAN
Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.
Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.
GEJALA
• Gatal-gatal.
• Ruam kulit.
• Gatal-gatal pada kulit atau mata.
• Bunyi ronkus.
Bibir membengkak.
Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
• Penyumbatan rongga hidung.
• Sukar bernafas.
• Batuk.
• Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
• Pening.
• Keliru.
• Sakit/kekejangan otot abdomen.
• Loya, muntah.
• Cirit-birit.
RAWATAN
Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan Antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, Urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.
ALAHAN
Alahan Konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.
GEJALA
• Mata merah.
• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
• Keluar air mata.
• Kelopak mata bengkak/sembab.
RAWATAN
Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil Antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.
PENGURUSAN DIRI
• Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
• Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
• Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
• Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
• Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
• Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.
JERAWAT
Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah.
APAKAH YANG MENYEBABKAN JERAWAT?
• Gabungan faktor-faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.
• Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi.
• Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.
• Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).
• Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.
• Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGANGGU KULIT
• Gangguan hormon disebabkan oleh:
o Tekanan psikologi.
o Pra-haid.
• Faktor persekitaran seperti:
o Kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak.
o Menggunakan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut.
o Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak kentang goreng).
o Pakaian yang kasar.
• Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
GEJALA
• Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.
• Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).
• Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.
• Radang di sekeliling tompokan pada kulit.
• Tompokan pada kulit menjadi berkerak.
• Kulit menjadi berparut.
• Pigmentasi.
PENGURUSAN SENDIRI
• Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.
• Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.
• Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
• Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.
• Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.
• Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/ menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.
• Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.
• Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.
• Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
• Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.
KOMPLIKASI
1. Fizikal - parut yang kekal di muka.
2. Psikologikal - gangguan psikologi terhadap keyakinan diri, harga diri, personaliti dan kehidupan sosial.
Sudut ini adalah untuk memberi para klien pengetahuan tentang gejala jerawat dan resdung. Fakta (yang berguna atau penting sahaja) akan ditambah dari masa ke semasa.
Fakta # 1: Rawatan bekam hanya akan menyedut darah kotor keluar. Tidak akan menggugat lendir resdung yang terpahat di bawah permukaan kulit (daging). Saya akui; memang sebaik saja selepas bekam, anda akan rasa sihat, lega dan resdung berkurangan. Memang rawatan ni amat bagus (seelok-eloknya 1 bulan sekali sahaja, jangan lebih). Tetapi anda masih perlukan sesuatu yang dapat 'kacau' sarang resdung yang kuat tu supaya terhakis dan tanggal. Untuk tahu lebih lanjut atau tengok sendiri macam mana 'rupa rawatan bekam', rujuk video ni: Klik Sini.
Fakta # 2: Radang kulit atau nama ringkas saintifiknya 'Ekzema', adalah sejenis simptom di mana darah mengalami gangguan 'ketidak-stabilan'. Genetik darah memainkan peranan besar dalam soal ni (darah keturunan). Radang kulit 'ter'aktif sekiranya pesakit mengambil makanan yang boleh 'mengejut'kan darah yang sedang menanti di'kejut'kan. Darah menjadi panas dan mengamuk lalu mengacau sistem aliran badan. Jerawat yang diakibatkan oleh simptom ini selalunya kemerah-merahan dan besar. Risiko ke atas mereka yang tidak terlibat dengan masalah keturunan adalah sangat kurang. Seperti yang saya katakan; penyakit ini memang sudah sedia ada dalam badan. Hanya menunggu masa untuk timbul apabila pesakit berulang kali melakukan pengabaian pemakanan. Berhati-hatilah dengan cara pengubatannya juga sebab; kalau tersilap, akan membuatkan darah bertambah meradang sehingga memukul-mukul dinding kulit untuk menampakkan diri sebagai ekzema. Jangan risau - ebook Firnena ada caranya menangani masalah ini.
Fakta # 3: Penyakit mata - dikategorikan dalam salah satu penyakit yang amat sukar diubati sebab ia adalah komponen milik tubuh paling halus. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan kecederaan atau infeksi (jangkitan) yang melarat. Melalui tunjuk ajar Firnena, anda akan dapati mengubati penyakit ni amat senang. Sap sap soy! Sebab; cecair ramuan yang bakal Firnena berikan akan meresap jauh ke dalam akar-akar mata dan kemudian membunuh kuman-kuman yang bersarang di situ. Tak payah nak kacau bahagian depan atau luaran mata yang rapuh (fragile) tu. Jadi, risiko kerosakan mata dapat dielakkan. Memang mata akan berair dan pula; teramat, amatlah pedihnya tetapi itu tanda kesan yang sangat efektif! Kuman-kuman akan mati dan lepas tu, tak pedih dah... Tanda mata yang sihat adalah ia tidak mudah berair, lembik, gatal dan merah bila dipegang / sapu. Lepas guna Teknik Firnena, mata jadi tebal semula. Pegang dan tenyeh takkan mudah merah, gatal, berair atau sakit. Sebab serangan terhadap punca utama berjaya dibanteras!
Buat apa nak bersusah-payah kalau jalan senang ada? Buat apa?... So, dapatkan Teknik Firnena sekarang! Eh, Indonesia ke kamu ini? Kalau ya, dapatkan ia di - Sini.
Fakta # 4: Jerawat Batu - bukan disebabkan ekzema. Punca jerawat batu tercipta adalah kerana banyak kotoran sedang berlapik di bawah permukaan kulit, di mana tunjangnya jauh bersambung kepada sarang resdung yang bertempat di sekitaran tengkuk. Kawasan ini berupaya menyimpan banyak stok kuman sebab ia adalah tempat utama perjalanan di antara dua hala iaitu - tempat makanan tiba di mulut, di kunyah kemudian baru dapat lalui tekak / kerongkong (setelah dah hancur), lepas tu baru boleh lalui bahagian dada (hati, jantung) sebelum jatuh jauh ke dalam di perut - usus tempat pem'proses'san. Jerawat batu selalu datang dalam keadaan bernanah. Ia adalah jerawat paling berkait rapat dengan gejala resdung. Dua punca dikenal pasti akan mem'bangkit'kan jerawat batu -
i. membuat teknik rebonding tanpa menggunakan bantuan pakar atau saloon. Bahan rebonding itu adalah penyebabnya.
ii.mengambil produk pill kesihatan atau ubatan dengan banyak - sebab fikir lagi banyak pill kesihatan diambil, lagi nampak sihat le jadinya. Jangan! Pill ubat pula, 90% darinya mempunyai kandungan bahan yang boleh me'rancak'kan resdung (darah).
Infeksi dari dua perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang mempunyai darah sensitif, iaitu; darah yang sudah dijangkiti kuman resdung. Lebihan info sila rujuk dokumen: Klik Sini
Fakta # 5: Resdung - Ini yang sepatutnya anda ketahui tentang resdung:
i. gatal-gatal di muka (termasuk di banyak bahagian badan)
ii. hidung berhingus atau tersumbat
iii. sakit kepala terutama di dahi dan pipi
iv. kelumumur berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.
Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat. Resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Simptom resdung seterusnya termasuk sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal, jerawat biasa atau batu, muka berbintik hitam, kahak banyak di kerongkong, gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.
Nota: petikan fakta # 5 ini diambil dari artikel dalam simpanan .gov.my dept. Kementerian Kesihatan.
Fakta # 6: Sakit Gigi - Perhatikan gusi anda. Sekiranya ia kehitam-hitaman, coklat atau berkarat, maka ia adalah petanda gusi yang sudah tercemar diselubungi kuman. Kuman-kuman ini seterusnya akan melarat ke bahagian lelangit. Sudah tentu - kuman-kuman ini adalah penyebab gatal dan kerosakan gigi. Akar gigi telah dihakis oleh kuman-kuman ini. Garam atau gosok gigi dengan bersungguh-sungguh bukan jalan penyelesaian. Teknik Firnena akan sedaya-upaya mengikis kuman-kuman ini. Kalau anda ikuti dengan betul; gusi yang rosak mampu bertukar semula menjadi seperti sedia-kala (merah cerah - sebagaimana gusi sihat). Sakit gigi yang betapa kronik sekalipun, akan hilang! Bahkan; gigi yang pecah atau berlubang sekalipun takkan sakit. Bukan 'kemungkinan' tetapi kenyataan berdasarkan pengalaman. Buat para pesakit gigi: inilah ubat sakit gigi yang bertindak secara 'original' membunuh bakteria dan kuman penyebab kerosakan mulut keseluruhannya.Percayalah: anda perlukannya. Perokok dan Penghisap Dadah 99% menghidap gejala ini.
gejala resdung, punca resdung, rawatan resdung, rawatan bekam,
5 comments:
Kalau sesiapa ada Resdung ,boleh cuba ubat resdung bella formula. Kesan pengurangan seawal 3 hingga 7 hari, Insyaallah dengan izin Allah. Boleh layari http://www.ubat-resdung.com utk tempahan.
Saya amalkan 3 sekawan ini untuk hilangkan resdung.
๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Kalau selain dr penyakit kanser pon blh sgt2 dirawat mcm :
*-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout .*
7) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. *sel kanser sudah tiada.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Mcm mana tu sis
Resdung yang tak dirawat memang teruk kesannya. Saya setuju, dapatkanlah rawatan apabila simptom resdung tu makin teruk ��
Post a Comment