Tahu tak ada beberapa jenis makanan sihat yang disarankan khas untuk kaum lelaki? Biasanya kita mendengar tentang makanan tertentu yang sesuai untuk wanita seperti keperluan nutrien untuk proses kehamilan wanita atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara. Sebenarnya kaum lelaki juga begitu, mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk membantu mencegahkanser prostat dan sebagainya.
Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Berikut ada 7 jenis makanan bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk kaum lelaki.
1. Pisang
Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi. Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah. Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok. Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.
2. Beri dan ceri
Semua jenis beri seperti blackbery, bluberri, strawberi, rasberi, cranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh. Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.
3. Tiram
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh. Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
4. Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane. Sulphoraphane mengandungi zat antikanser. Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat. Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.
5. Kacang
Kacang besar dari
6. Sayuran berwarna oren
Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran bewarna oren seperti labu dan lobak merah adalah antioksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan. Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.
7. Ikan
Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi. Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.
Makanan yang baik untuk lelaki adalah makanan yang mengandungi makanan panas dan seimbang dengan makanan sejuk. Dalam erti kata ilmu perubatan cina mesti ada Ying dan Yang. Kalau makan makanan yang panas sahaja pun tidak elok. Begitu juga kalau asyik makan makanan yang sejuk sahaja pun tidak elok. Jadi, seimbangkan pemakanan agar kehidupan lebih sihat dan sempurna!
0 comments:
Post a Comment