Friday, January 29, 2016

Tabungggg.


Bile nampak tabung ak yg penuh dgn duit syiling teringat mase peristiwa dlu. Ak amik duit mak senyap2 dlm tabung dy. 

Mase tu kecik lagi, dpt trus beli jajan. 
Hehee smpai kering duit tu. 
Mase tu x rase bsalah sgt maklum la kecik lagi. La ni da bsar bile tgk tabung teringat blek. 

Maafkan arep mak. 

Sunday, January 24, 2016

Our 1st Start for Our business..


its start from here. ^_^
our business.. 
saye menyesal dlu x simpan duit mase kerja mase kerja 
bureau veritas. idup masih penuh dengan enjoy 1st time keje dpt duit sebyk tu
makan mahal2.. pergi jalan2. smpai simpanan pn xde. 

Now menyesal x sudah pn x gune, ape kan daya bende da lepas.. 
SALAH SENDIRI PUN.
1st modal awak support utk business kite.. ingat lagi start dari 2,000 +++  
hehehehe ini yang kite beli.
our 1st produk. Radiuz White ingat lagi x nabilah ? hehe
mcam mane kite boleh terpikir nak borong radiuz white?
start from HQ bgi free dkt icha.. icha gune bagus.. 
trus research. 


kite buat facebook, under name radiuz white murah 
kite buat like page. kite beli likes utk orng yang dengan kite.. 
target market kite yang orng minta pm dkt wall official radiuz white. 
awak buat semua tu.. sye blaja skit2 marketing cara awak. 
lame2 sy dpt buat sndri. gune ayat gadis2 gitu~



barang semua di pos k alamat saye.. saye ukur siap2 utk persiapan pos..
semangat betul dlu.. the only produk yang sy ukur.. 
mase dlu.. semua produk kite pos siap bubble wrap.
hampir setiap hari kite ade pos. alhamdulillah.. paling byk mase tu 10 parcel sehari.
rase da bangga sgt. 

mase tu income kite dari RM 1000 - RM 3000.. 
kite bahagi2 kan. setiap bulan. 
lepas 3-4 bulan kite rase raduz white da mule slow. 
kite mule survey produk2 baru. yang ramai orng minta
mase tu tgh hangat ibu putih ninaskincare 



produk ni.. hehe ingat lagi x nabilah.. hehehe 
dan lepas da ade produk ni trus kite survey lagi produk, 
belvya (smpai turun pahang jumpe owner belvya, nak dpt kan harge murah) 
last nye kite beli dengan kak zara. 

1st time jumpe kak zara, dkt pasar borong pandan. 
dapat2 trus amik gmbar dkt ats kete juga hehe. 
alhamdulillah. mule amik brng dngan kak zara. 

lepas tu kite create produk ktie sndri
hehee nami glow skincare. 
gabungan dari name kite tu. .
sy create sticker semua.. hehe dan buat combo set.. kan kan kan ?
makin byk kite kaji tentang produk 
kaji dan kaji.. byk produk kite amik lepas tu.. 

smpai laa kite jumpe sorang ni....

lame tak update blog.. bukan bureau veritas lagi

salam semua. mcam biase blog ni skadar diary buat aku..
menceritakan sebesebi tentang diri aku.. x ramai yang kenal ak.
blog tmpt ak meluahkn selain di atas sejadah..

kalu baca di facebook.. hanya kata2 positive tentang business je ak luahkan.

aku bersyukur pada mu yaAllah atas sgale yang ku terima.
dari seorang student diploma sahaja.
ak berkeje sbgai international inspector utk bureau veritas.
aku berhenti pada hujung tahun 2012 setelah beberape tahun berkhidmat
dkt syarikat tu..


knpe ak berhenti ??
to much politic dalam ni..
yep betul gaji dy mmg besar.
penah skali gaji ak cecah 1300+++ sehari
nak duit byk kne pandai kipas..
bukan cara ak nak kipas orng atas.
cara ak dari segi quality kerja aku.




aku amik keputusan utk tinggalkan company ni dan trus pikirkan utk buat business..




















Tuesday, August 14, 2012

KEBURUKAN AYAM DAGING

KEBURUKAN AYAM DAGING


1. Kajian menunjukkan bahawa 92 % penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10%, harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.

2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan sesuka hati menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.

3. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.

4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit di antara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon gemuk agar ianya 'kelihatan' subur , gemuk dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar.

Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.

7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon gemuk yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan. Kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu.

Begitu juga kulit ayam. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun. Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat.

Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.





FAKTA SEL KANSER


1. Setiap orang memiliki sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser ini tidak dapat dikesan dalam ujian-ujian biasa makmal patologi sehinggalah mereka telah membahagi menjadi beberapa billion. Apabila doktor mengatakan tidak ada lagi sel kanser di dalam badan selepas rawatan kepada pesakit kanser, ia hanya bermaksud bahawa ujian-ujian tidak dapat mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mereka belum lagi mencapai saiz yang dapat dikesan.

2. Sel-sel kanser wujud antara 6 kepada lebih 10 kali dalam hidup seseorang sepanjang hayatnya.

3. Bila sistem imun seseorang itu kuat, sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dicegah dari melipatganda menjadi ketumbuhan.

4. Bila seseorang memiliki sel kanser, ini bermakna bahawa ia memiliki kekurangan nitrisyen yang teruk.

5. Untuk menyelesaikan kekurangan nutrisyen ‘multiple’, menukar diet dan menambah suplemen akan menguatkan sistem imun.

6. Kemoterapi melibatkan kaedah meracun sel-sel kanser yang cepat membesar dan pada yang sama membunuh sel-sel sihat yang cepat membesar di dalam sum-sum tulang, trek usus, testis, umbi rambur dan sebagainya, sehingga mengakibatkan kerosakan organ seperti hati, buah pinggang, jantung, peparu dan lain-lain.

7. Radiasi pula semasa membunuh sel-sel kanser, pada masa yang sama turut membakar, merosakkan dan mengakibatkan parut pada sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ yang sihat.

8. Diperingkat awal rawatan, kemoterapi dan radiasi selalunya mengecilkan saiz ketumbuhan. Bagaimanapun penggunaan berpanjangan tidak menghasilkan pemusnahan ketumbuhan.

9. Apabila badan menerima bebanan toksin berlebihan daripada kemoterapi dan radiasi, sistem imun akan samada menjadi terkompromi ataupun rosak sama sekali. Oleh demikian seseorang akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan komplikasi.

10. Kemoterapi dan radiasi menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan amat sukar dibunuh. Pembedahan pula mendedahkan kemungkinan sel-sel kanser berjelera ketempat lain.

11. Cara berkesan memerangi kanser ialah membiarkan sel-sel kanser berlapar dengan tidak membekalkan makanan untuk ia membiak.

12. Protin daging sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim penghadaman. Daging yang tidak hadam yang tinggal berbaki dalam usus bertukar mengakibatkan pengumpulan lebih banyak toksin.

13. Dinding sel-sel kanser memiliki lapisan protin yang kukuh. Dengan mengelakkan makan atau mengurangkan makan daging, keadaan akan menjadi kaya dengan enzim-enzim yang mampu menyerang dinding protin sel-sel kanser bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan memusnahkan sel-sel kanser.

14. Sesetengah suplemen (makanan tambahan) membina sistem imuniti (antioksidan, galian, vitamin, asid lemak essential dll) bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan membunuh sel-sel kanser.

15. Kanser adalah satu penyakit minda, badan dan rohani. Semangat proaktif dan positif akan membantu pahlawan kanser menjadi pemenang. Sifat marah, tidak pengampun dan merajuk menjadikan badan bertukar kesuasana persekitaran yang terlalu tertekan (stress) dan asidik. Belajarlah menjadi penyayang dan pemaaf, bertukarlah kepada seorang yang tenang, relaks dan manfaatkan dalam hidup ini.

16. Sel-sel kanser tidak dapat keselesaan dalam persekitaran yang banyak oksigen. Riadhah harian dan mengamalkan pernafasan secara dalam membantu membekalkan lebih oksigen ke tahap sel (selular).

my facebook