Tuesday, August 14, 2012

RESDUNG

APA ITU RESDUNG?

Resdung,sekiranya tidak segera dirawat boleh membawa maut !




APA ITU RESDUNG?

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

APAKAH SINUS ?

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla

* Sinus ethmoid

* Sinus frontal

* Sinus sphneoid

APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.

Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?

Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.

Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

* Streptococcus

* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG(SINUSITIS)

• Hidung selalu tersumbat

• Lender dari hidung dan tekak

• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata

• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang

• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan

• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG(SINUSITIS)

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata

• Jangkitan otak

• Sakit tekak yang kronik

• Jangkitan tulang muka

• Menerukkan keadaan lelah

• Berdengkur secara kronik

• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil

• Alahan hidung

• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.

Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:

* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).

Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)

Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik

Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS RESDUNG(SINUSITIS)

* Akut

* Kronik

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.

* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.

* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk

• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.

• Kerap bersin pada waktu pagi

• Ada kalanya hidung tersumbat

• Tanpa demam tetapi hingus bertambah

• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala

• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

INDIVIDU BERISIKO

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat

* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung

* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok

* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

PENCEGAHAN

• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan

• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.

• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.

• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.

PENJAGAAN DIRI

• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.

• Menyedut Balm Resdung Madinatul Asrar adalah sangat baik. Ia meningkatkan pergerakan silia hidung untuk menyapu kekotoran keluar.

• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.

• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.

• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.

• Berehatlah secukupnya.

Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.

BERJUMPALAH PAKAR RESDUNG...

Kadangkala begitu sukar untuk mendiagnoskan Sinusitis kerana simptomnya hampir seakan-akan sama dengan simptom selema dan alahan. Anda perlu menilai semula dan memastikan tanda-tanda dan simptomnya. Anda perlu berjumpa Perawat Madinatul Asrar, jika:

• anda mendapat lebih dari 3 kali serangan Sinusitis.

• simptom selesema anda berpanjangan sehingga melebihi dari 10 hingga 14 hari atau semakin lama semakin teruk

• mendapat sakit kepala yang kuat, berbeza dengan yang pernah anda alami dan tidak dapat hilang dengan ubat analgesik yang anda biasa belikan. 7 tekanan di bahagian muka.

• terdapatnya hingus yang berwarna kuning-kehijauan atau bercampur darah.

• Demam dan batuk

• Kesesakan hidung atau hidung tersumbat

• Bengkak di sekeliling mata dan dahi. Jika anda didiagnoskan dengan betul dan mengambil ubat rawatan yang diberi, simptom Sinusitis anda - seperti rasa sakit dan dedar, akan hilang. Anda akan bernafas dengan lega semula.

ALAHAN

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan Anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

PENYEBAB

• Tumbuh-tumbuhan.

• Makanan.

• Ubat-ubatan.

• Debunga.

• Sengatan lebah.

• Gigitan.

ALAHAN RHINITIS (demam alahan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

TANDA-TANDA & GEJALA

• Penghasilan mukus (lendir).

• Gatal-gatal di :

o Tekak

o Hidung

o Mulut

o Mata

o Kulit

• Batuk.

• Sakit kepala.

• Hidung berair/Bersin.

• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).

RAWATAN

• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.

• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.

• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.

Pengurusan sendiri

• Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.

• Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.

• Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.

• Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.

• Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.

• Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.

Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

ALAHAN MAKANAN

• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:

• Intolerans terhadap makanan.

• Sindrom gangguan usus.

• Tekanan fizikal.

• Keracunan makanan.

Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

GEJALA

• Tekak terasa gatal.

• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).

• Sakit perut.

• Loya.

• Muntah.

• Kekejangan otot perut.

• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.

• Gatal-gatal/urtikaria.

• Angioedema pada kelopak mata dan bibir.

• Penyumbatan rongga hidung/hidung berair.

• Sesak nafas/bunyi ronkus.

RAWATAN

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna Kortikosteroids.

PENGURUSAN DIRI

• Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.

• Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.

• Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).

• Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi Anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.

• Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

ALAHAN UBATAN

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

GEJALA

• Gatal-gatal.

• Ruam kulit.

• Gatal-gatal pada kulit atau mata.

• Bunyi ronkus.

Bibir membengkak.

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:

• Penyumbatan rongga hidung.

• Sukar bernafas.

• Batuk.

• Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.

• Pening.

• Keliru.

• Sakit/kekejangan otot abdomen.

• Loya, muntah.

• Cirit-birit.

RAWATAN

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan Antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, Urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.

ALAHAN

Alahan Konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

GEJALA

• Mata merah.

• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.

• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.

• Keluar air mata.

• Kelopak mata bengkak/sembab.

RAWATAN

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil Antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

PENGURUSAN DIRI

• Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.

• Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.

• Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.

• Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.

• Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.

• Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

JERAWAT

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah.

APAKAH YANG MENYEBABKAN JERAWAT?

• Gabungan faktor-faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan jerawat.

• Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi.

• Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.

• Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).

• Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.

• Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGANGGU KULIT

• Gangguan hormon disebabkan oleh:

o Tekanan psikologi.

o Pra-haid.

• Faktor persekitaran seperti:

o Kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak.

o Menggunakan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut.

o Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak kentang goreng).

o Pakaian yang kasar.

• Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

GEJALA

• Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.

• Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).

• Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.

• Radang di sekeliling tompokan pada kulit.

• Tompokan pada kulit menjadi berkerak.

• Kulit menjadi berparut.

• Pigmentasi.

PENGURUSAN SENDIRI

• Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.

• Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.

• Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

• Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.

• Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.

• Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/ menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.

• Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.

• Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.

• Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

• Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

KOMPLIKASI

1. Fizikal - parut yang kekal di muka.

2. Psikologikal - gangguan psikologi terhadap keyakinan diri, harga diri, personaliti dan kehidupan sosial.

Sudut ini adalah untuk memberi para klien pengetahuan tentang gejala jerawat dan resdung. Fakta (yang berguna atau penting sahaja) akan ditambah dari masa ke semasa.

Fakta # 1: Rawatan bekam hanya akan menyedut darah kotor keluar. Tidak akan menggugat lendir resdung yang terpahat di bawah permukaan kulit (daging). Saya akui; memang sebaik saja selepas bekam, anda akan rasa sihat, lega dan resdung berkurangan. Memang rawatan ni amat bagus (seelok-eloknya 1 bulan sekali sahaja, jangan lebih). Tetapi anda masih perlukan sesuatu yang dapat 'kacau' sarang resdung yang kuat tu supaya terhakis dan tanggal. Untuk tahu lebih lanjut atau tengok sendiri macam mana 'rupa rawatan bekam', rujuk video ni: Klik Sini.

Fakta # 2: Radang kulit atau nama ringkas saintifiknya 'Ekzema', adalah sejenis simptom di mana darah mengalami gangguan 'ketidak-stabilan'. Genetik darah memainkan peranan besar dalam soal ni (darah keturunan). Radang kulit 'ter'aktif sekiranya pesakit mengambil makanan yang boleh 'mengejut'kan darah yang sedang menanti di'kejut'kan. Darah menjadi panas dan mengamuk lalu mengacau sistem aliran badan. Jerawat yang diakibatkan oleh simptom ini selalunya kemerah-merahan dan besar. Risiko ke atas mereka yang tidak terlibat dengan masalah keturunan adalah sangat kurang. Seperti yang saya katakan; penyakit ini memang sudah sedia ada dalam badan. Hanya menunggu masa untuk timbul apabila pesakit berulang kali melakukan pengabaian pemakanan. Berhati-hatilah dengan cara pengubatannya juga sebab; kalau tersilap, akan membuatkan darah bertambah meradang sehingga memukul-mukul dinding kulit untuk menampakkan diri sebagai ekzema. Jangan risau - ebook Firnena ada caranya menangani masalah ini.

Fakta # 3: Penyakit mata - dikategorikan dalam salah satu penyakit yang amat sukar diubati sebab ia adalah komponen milik tubuh paling halus. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan kecederaan atau infeksi (jangkitan) yang melarat. Melalui tunjuk ajar Firnena, anda akan dapati mengubati penyakit ni amat senang. Sap sap soy! Sebab; cecair ramuan yang bakal Firnena berikan akan meresap jauh ke dalam akar-akar mata dan kemudian membunuh kuman-kuman yang bersarang di situ. Tak payah nak kacau bahagian depan atau luaran mata yang rapuh (fragile) tu. Jadi, risiko kerosakan mata dapat dielakkan. Memang mata akan berair dan pula; teramat, amatlah pedihnya tetapi itu tanda kesan yang sangat efektif! Kuman-kuman akan mati dan lepas tu, tak pedih dah... Tanda mata yang sihat adalah ia tidak mudah berair, lembik, gatal dan merah bila dipegang / sapu. Lepas guna Teknik Firnena, mata jadi tebal semula. Pegang dan tenyeh takkan mudah merah, gatal, berair atau sakit. Sebab serangan terhadap punca utama berjaya dibanteras!

Buat apa nak bersusah-payah kalau jalan senang ada? Buat apa?... So, dapatkan Teknik Firnena sekarang! Eh, Indonesia ke kamu ini? Kalau ya, dapatkan ia di - Sini.

Fakta # 4: Jerawat Batu - bukan disebabkan ekzema. Punca jerawat batu tercipta adalah kerana banyak kotoran sedang berlapik di bawah permukaan kulit, di mana tunjangnya jauh bersambung kepada sarang resdung yang bertempat di sekitaran tengkuk. Kawasan ini berupaya menyimpan banyak stok kuman sebab ia adalah tempat utama perjalanan di antara dua hala iaitu - tempat makanan tiba di mulut, di kunyah kemudian baru dapat lalui tekak / kerongkong (setelah dah hancur), lepas tu baru boleh lalui bahagian dada (hati, jantung) sebelum jatuh jauh ke dalam di perut - usus tempat pem'proses'san. Jerawat batu selalu datang dalam keadaan bernanah. Ia adalah jerawat paling berkait rapat dengan gejala resdung. Dua punca dikenal pasti akan mem'bangkit'kan jerawat batu -

i. membuat teknik rebonding tanpa menggunakan bantuan pakar atau saloon. Bahan rebonding itu adalah penyebabnya.

ii.mengambil produk pill kesihatan atau ubatan dengan banyak - sebab fikir lagi banyak pill kesihatan diambil, lagi nampak sihat le jadinya. Jangan! Pill ubat pula, 90% darinya mempunyai kandungan bahan yang boleh me'rancak'kan resdung (darah).

Infeksi dari dua perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang mempunyai darah sensitif, iaitu; darah yang sudah dijangkiti kuman resdung. Lebihan info sila rujuk dokumen: Klik Sini

Fakta # 5: Resdung - Ini yang sepatutnya anda ketahui tentang resdung:

i. gatal-gatal di muka (termasuk di banyak bahagian badan)

ii. hidung berhingus atau tersumbat

iii. sakit kepala terutama di dahi dan pipi

iv. kelumumur berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.

Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat. Resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Simptom resdung seterusnya termasuk sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal, jerawat biasa atau batu, muka berbintik hitam, kahak banyak di kerongkong, gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.

Nota: petikan fakta # 5 ini diambil dari artikel dalam simpanan .gov.my dept. Kementerian Kesihatan.

Fakta # 6: Sakit Gigi - Perhatikan gusi anda. Sekiranya ia kehitam-hitaman, coklat atau berkarat, maka ia adalah petanda gusi yang sudah tercemar diselubungi kuman. Kuman-kuman ini seterusnya akan melarat ke bahagian lelangit. Sudah tentu - kuman-kuman ini adalah penyebab gatal dan kerosakan gigi. Akar gigi telah dihakis oleh kuman-kuman ini. Garam atau gosok gigi dengan bersungguh-sungguh bukan jalan penyelesaian. Teknik Firnena akan sedaya-upaya mengikis kuman-kuman ini. Kalau anda ikuti dengan betul; gusi yang rosak mampu bertukar semula menjadi seperti sedia-kala (merah cerah - sebagaimana gusi sihat). Sakit gigi yang betapa kronik sekalipun, akan hilang! Bahkan; gigi yang pecah atau berlubang sekalipun takkan sakit. Bukan 'kemungkinan' tetapi kenyataan berdasarkan pengalaman. Buat para pesakit gigi: inilah ubat sakit gigi yang bertindak secara 'original' membunuh bakteria dan kuman penyebab kerosakan mulut keseluruhannya.Percayalah: anda perlukannya. Perokok dan Penghisap Dadah 99% menghidap gejala ini.

gejala resdung, punca resdung, rawatan resdung, rawatan bekam,

Wednesday, August 8, 2012

Buah Pinggang @ Kidney

Fungsi, Tanda-tanda, Punca sakit buah pinggang

anatomi buah pinggang

Hari ini, dianggarkan seramai 13,000 pesakit buah pinggang terpaksa bergantung kepada mesin hemodialisis untuk terus hidup dan pada masa sama senarai pesakit baru terus mencanak naik, dengan jumlah kasar 2,500 kes setiap tahun.

Read more about pinggang by admin

Apakah Fungsi Buah Pinggang?

1.menapis cecair .

buah pinggang akan menapis dan akan mengasingkan cecair didalam darah.kotoran akan dihantar ke pundi-pundi kencing.

2.mengawal kandungan garam dan air dalam darah

contohnya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Tanda-tanda sakit buah pinggang

1.sakit pinggang

terasa mencucuk-cucuk.bergerak sedikit dah sakit.sakit diblah dalam,bukan tulang.datang sekali sekala ataupun berterusan.

2.bengkak badan

Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.

3.tidak selera makan

hilang selera makan tiba-tiba.bila makan muntah.biasanya akan hilang berat badan.

4.kerap kencing

simptom ini saya memang mengalaminya.sampai letih dibuatnya.bila dikencingkan hanya sedikit sahaja yang keluar.tetapi boleh mencecah 20 kali bila waktu malam.

5.cepat letih.

ini pun simptom saya.saya rasa cepat sahaja letih.saya seorang yang aktif.suka mendaki gunung dan aktiviti lasak.sepatutnya kerja-kerja di tumah tidak meletihkan.ini baru menyapu sikit dah letih.memang musykil.

6.sakit kepala.

kerap sakit kepala.rupa-rupaya tekanan darah saya tinggi.sampai mencecah 190/120.fuhhh sib baik x kena strok.dahulu saya selalu telan panadol.rupa-rupanya panadol boleh menyebabkan sakit buah pinggang kalau kerap pola pemakanan.

8.kerap demam

saya dahulu kerap demam.seminggu sampai 2,3 kali

9.badan gatal-gatal

10. nafsu sex berkurangan, ini kerana penyakit buah pinggang boleh menyebabkan mati pucuk.

seluruh badan gatal-gatal.menandakan badan sudah terlalu kotor dengan toksin.sampai habis bdn aku garu.jadi kudis plak.hehhehe

Punca Sakit Buah Pinggang

1) Ubat dan Kerja berat

Punca sebenar kenapa buah pinggang tersebut rosak adalah disebabkan oleh pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doctort terlalu kerap dan lama, buah pinggang pula,selama pengambilan ubat doktor tersebut banyak melakukan kerja2 berat, menapis segala ubat, toksin atau apa saja yang kita makan. Kerja yang berat inilah yang membuatkan semakin lama buah pinggang akan lumpuh menjalankan tugasnya.

2) Pengambilan POTASSIUM yang berlebihan

Dalam melakukan research, mirul kenal pasti bahawa pengambilan potassium yang berlebihan boleh menyebabkan kelemahan otot, menghalang fungsi buah pinggang dan akan meningkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung. Inilah ape yang berlaku pada saya. Dalam meningkatkan muscle dan fitness. Pengambilan pisang sekurang-kurangnya 1 sikat untuk 2 hari, kacang setiap hari. Dan ini beralutan dalam mase 2 bulan. Sekarang mule rase sakit. Dan ini sedikit tips untuk mengurangkan TAHAP POTASSIUM dalam badan :-

a) Anda boleh meningkatkan pengambilan kalsium. Kalsium berkesan untuk menurunkan tahap potassium. Anda boleh menambahkan pengambilan yogurt, susu dan produk tenusu ke dalam diet harian anda. Jika perlu, anda boleh mengambil pemakanan tambahan untuk mendapatkan jumlah kalsium harian yang disyorkan.

b) Ambil makanan tambahan dari sumber bawang putih. Lain-lain ubat semulajadi yang boleh menurunkan tahap potassium termasuklah memakan beberapa ulas bawang putih atau mengambil makanan tambahan bawang putih setiap hari.

c) Minum banyak air. Air adalah satu antioksida, dan air boleh membuang toksin yang merbahaya dari badan. Jika anda cuba untuk menormalkan tahap potassium dalam badan, tingkatkan pengambilan air. minum antara lapan hingga sepuluh gelas sehari. Hadkan pengambilan minuman berkafein (soda, kopi dan teh) dan alkohol.

d) Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Untuk menurunkan tahap potassium anda, anda perlu mengubahsuai pemakananan anda dan menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan potassiumnya. Ini termasuk kentang, piasang dan kacang. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang membantu menurunkan tahap potassium termasuk beri, buah pic, bunga kubis, lemon, limau, salad dan timun.

e) Lakukan senaman. Bersenam dengan kerap boleh meningkatkan tahap kesihatan anda secara keseluruhan dan menurunkan tahap potassium. Buat jadul senaman dan bersenam selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

3) Tidak mengamalkan diet yang seimbang. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

4) Kurang atau tidak melakukan aktiviti fizikal. Sekiranya anda mendapati bahawa perlunya anda menurunkan berat badan anda, lakukannya sebaik mungkin. Dengan cara ini anda juga dapat mengelakkan diri dari penyakit diabetis jenis 2 yang kebiasaannya boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.

5) Tidak melakukan ujian tahap kolestrol, ianya perlua dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Tanyakan kepada doktor anda apakah diet dan kaedah yang boleh anda lakukan bagi memastikan tahap kolestrol anda berada pada tahap yang normal.

6) Tidak mengendahkan kawalan kandungan gula di dalam darah anda. Sentiasalah melakukan ujian darah untuk melihat tahap gula darah anda.

7) . alpha dengan jumlah pengambilan garam seharian anda. Sentiasa pastikan pengambilam garam harian anda kurang dari 2 300 mg sehari atau seperti yang disarankan oleh doktor anda.

8) Penggunaan dalam jangka masa yang lama ubat-ubatan steroid yang bersifat anti-inflamasi seperti ibuprophen dan juga mefenamic acid.

9) terdedah kepada logam berat seperti arsenik, kadmium, chromium, lead dan merkuri.

Akhir kata, pemakanan harian kita adalah penting dalam membentuk tubuh badan yang sihat disamping senaman yang dilakukan. Jika kurang pasti dengan maklumat yang diberi jangan segan untuk berjumpa dr. biar malu sekarang, jangan malu bile sudah


Cara2nya

· Baca Surah Al Fatihah sekali

· Selawat Syifa sekali


  • Baca surah Al Mukminuun Ayat 115 – 118


Maksudnya

115 ~ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptaka kamu secara main2 (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?

116 ~ Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang Sebenarnya ; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain DIA, Tuhan (Yang mempunyai) Aeasy yang mulia

117 ~ Dan Barang siapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tida ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya Sesungguhnya orang2 yang kafir itu tiada beruntung

118 ~ Dan katakanlah ; " Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."

· Baca Surah As-Syu'araa ayat 130



Maksudnya

Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang2 kejam dan bengis

Nota

Amalkan setiap hari atau setiap kali selepas solat fardhu.. InsyaAllah itu semua dengan izin dari-Nya

Monday, January 2, 2012

Band-Band Penganut Satanisme


1.DIMMU BORGIR


Adalah Band Black Metal yang berasal dari Oslo, Norwegia, dibentuk pada tahun 1993. Dibentuk oleh Shagrath, Silenoz, dan Tjodalv.

Band ini pertama kali menerbitkan album Inn i evighetens mørke pada tahun 1994. Yang kemudian merampungkan seluruh Track pada album For All Tid [1994].

Band ini diketahui sering memainkan aliran Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dibahas dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, yaitu tentang pemujaan kepada Setan, Ritual, dan Peperangan.

Album :
For all tid [1994], Stormblåst [1996], Enthrone Darkness Triumphant [1997], Spiritual Black Dimensions [1999], Puritanical Euphoric Misanthropia [2001], Death Cult Armageddon [2003], Stormblåst MMV [2005] In Sorte Diaboli [2007].


2.CRADLE OF FILTH




Adalah band yang berasal dari Inggris dibentuk pada tahun 1992, dengan penyanyi utama Dani Filth.

Merupakan Band yang sangat erat kaitanya dengan Sihir, Mitologi, dan hal-hal yang berbau Kotoran. Selain menyanyikan alunan musik Black Metal, aliran ini juga meminkan aliran Dark Metal dan Death Metal, Vampyric Metal dan Satan Metal dan Symphonic Black Metal.

Aliran ini telah banyak berubah sejak awal mula dibentuk. Pada awalnya nuansa Death Metal begitu kelihatan, namun seiring dengan waktu berubah menjadi Black, dan yang terakhir Bernuansa Ghotic yang sangat terlihat pada lagu " Nymphetamine". Prestasi besar yang pernah diraih oleh band ini adalah merupakan band yang paling terkenal di Inggris setelah Iron Maiden.

Album :
The Principle of Evil Made Flesh [1994], Dusk... and Her Embrace [1996], Cruelty and the Beast [1998], Midian [2000], Damnation and a Day [2003], Nymphetamine [2004], Thornography [2006], Godspeed on the Devil's Thunder [2008].



3.ANGELCORPSE




Adalah band yang dibentuk pada tahun 1995 oleh Pete Helmkamp dan mantan band yang dikenal sebagai Orde dari Chaos. Angelcorpse berasal dari Kansas City, tapi mereka pindah ke Tampa Florida [yang merupakan daerah penganut Satanisme] di Amerika. Musik mereka bertemakan Anti-Kristus dan peperangan.

Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan tur ke Eropa untuk mendukukng band-band beraliran satanisme yang ada.

Hal lain yang berkaitan dengan band ini adalah Pete Helmkamp, personil band, menulis buku yang berjudul 'The Conqueror Manifesto.' menurutnya, hal-hal yang memandang bahwa "In the spirit of Crowley's " dan pandangan tentang "Antichrist" adalah merupakan kebenaran. Dalam bukunya tersebut Pete menuliskan upaya manusia agar bisa naik ke Quest terhadap Plateau dari Invincibility dan mencapai Godhood [Homodeus].

Album :
Goats to Azazael Demo [1995], Hammer of Gods [1996], Nuclear Hell [1997], Wolflust Single [1997], Exterminate [1998], Winds of Desecration [1999], The Inexorable [1999], Iron, Blood and Blasphemy [2000], Death Dragons of the Apocalypse [2002], Of Lucifer and Lightning [2007].



4.ACHERON


Adalah band yang berdiri pada tahun 1998, dan dibentuk oleh Pendeta Vincent Crowley di Tampa, Florida. Yang kemudian bergabung dengan Peter H. Gilmore, Magister Gereja Setan.

Dan untuk pertama kalinya band ini merilis album yang berjudul "Messe Noir" pada tahun 1988. Album ini dibuat khusus sebagai edisi terbatas 7-inci yang juga merupakan rekor dimensi sebuah album yang belum pernah ada sebelumnya, dan untuk membuat album ini benar-benar kental terhadap aliran satanis, Acheron membuat album ini dicopy hanya untuk 666 eksemplar.

Kemudian pada tahun 1991, band ini membuat tercengang dunia dengan menerbitkan album kedua mereka yang berjudul Rites of the Black Mass [1991]. Pada album tersebut, setiap lagu-lagunya mengandung ayat-ayat yang ada pada injil hitam [Satanic Bible] serta digunakan intro bergaya Gothik dan gitar solo yang membuat lagu-lagu tersebut terkesan dari dunia "Kegelapan". Lagu-lagu merekapun didasarkan atas filsafat "Satanis".

Album :
Messe Noir [1988], Rites of the Black Mass [1991], Alla Xul [1992], Satanic Victory [1992], Lex Talionis [1992], Anti-God, Anti-Christ [1996], Those Who Have Risen [1997], Necromanteion Communion [1998], Compendium Diablerie : The Demo Days [2001].

5.BLASPHEMY




adalah band Black Metal yang bersal dari Kanada, di bentuk di daerah Burnaby tahun 1984 bernama Blasphemy. Debut mereka yang opertama dalah "Blood upon the Altar" pada tahun 1989, merupakan album yang berisi Hujatan-hujatan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan tur ke jerman "Fuck Kristus". Dalam syair-syairnya Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berhubungan dengan paganisme, mitologis dan lirik-lirik Anti-Kristus.

Album :
Fallen Angel of Doom [1990], Gods of War [1993], Live Ritual - Friday the 13th [2002].

6.BEHEMOTH


adalah band Black Metal yang berasal dari Polandia pada tahun 1991.

Band ini memaikan musik dengan tema-tema Satanis, dan Ritual, dan pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran musik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Black Metal, Avantgrade Metal, Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan, karena band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apapun.

Album :
And the Forests Dream Eternally (EP) [1995], Sventevith [Storming Near the Baltic] [1995],Grom [1996], Bewitching the Pomerania [EP] [1997], Pandemonic Incantations [1998], Satanica [1999], Thelema.6 [2000], Antichristian Phenomenon [EP] [2001], Zos Kia Cultus [Here and Beyond] [2002], Conjuration [EP] [2003], Demigod [2004], Slaves Shall Serve [EP] [2005], The Apostasy [2007], Ezkaton [EP] [2008], Evangelion [2009].

7.ARCH ENEMY

Adalah band Melodic Death Metal yang berasal dari Swedia. Band ini bernama Arch Enemy. Band ini merilis album pertamanya pada tahun 1996 berjudul "Black Earth". Style band ini sangat mengagumkan, setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar digabung dengan suara volkalis cewe [Angela Gossow] ini membuatnya begitu berkesan. Hal-hal yang dibahas dalam lagu-lagunya adalah hal-hal mengenai Kiamat, dan Anti-Kristus. Selain itu pesonil band ini berasal dari para mantan Pemain band metal sebelumnya, seperti band Carcass, dan Yohanes Liva.

Album :
Black Earth [1996], Stigmata [1998], Burning Bridges [1999], Wages of Sin [2001], Anthems of Rebellion [2003], Doomsday Machine [2005], Rise of the Tyrant [2007].

8.BEHERIT

Adalah band yang dibentuk di Filnandia pada tahun 1989. Band ini sendiri memiliki arti "setan" dalam bahasa Syria. Musik mereka bertemakan kebiadapan, Anti-Kristus, Neraka, dan penghujatan. Band ini terkenal karena gaya ambient yang dimainkan personilnya, band ini juga memainkan aliran Deathcore dan Black Metal.

Album :
The Oath of Black Blood [1991], Drawing Down the Moon [1993], Dawn of Satan's Millennium [1991], Werewolf, Semen and Blood [1998], Messe Des Morts [1994], Beast of Beherit - Complete Worxxx [1999].

9.BURZUM



Adalah band BlackMetal yang dibentuk oleh Varg Vikernes, pada tahun 1991 di Bergen, Norwegia.

Merupakan sebuah band yang sangat gemar melagukan peperangan dan kehancuran, selain itu band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti-Kristus.

Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg imprisioned dijatuhi hukuman atas pembunuhan dan dinyatakan bersalah karena mencoba untuk membakar gereja di Norwegia.

Album : Burzum [1992], Det som engang var [1993], Hvis lyset tar oss [1994], Filosofem [1996], Dauði Baldrs [1997], Hliðskjálf [1999], Antologi [2002].



10.ARCH GOAT


Adalah band Black-Death Metal yaitu Arch Goat yang dibentuk di Finlandia. Album Pertama mereka diluncurkan pada tahun 1992 yang berjudul "Yesus Spawn". Sebuah album yang didalamnya penuh dengan hujatan-hujatan kepada Tuhan. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, yaitu anti Kristus serta banyak memainkan Filosophy Satanis. Band ini juga terkadang memainkan musik Ritual.

Album :
Jesus Spawn [1992], Angelcunt [Tales of Desecration] [1993], Angelslaying Black Fucking Metal [2004], Live Black Mass [2005], Whore of Bethlehem [2006]
.

11.MARDUK

adalah band black metal dari Norrköping, Swedia, yang dibentuk pada tahun 1990.Nama Marduk berasal dari Dewa Babilonia Marduk, Dewa Pelindung Babylon.Marduk dibentuk olehMorgan Steinmeyer Håkansson dalam rangka untuk membentuk "Band paling menghujat di dunia". Tema-temautama mereka adalahsatanisme, anti-Kristen,cerita Alkitab, sejarah Reich Ketiga danperang dunia 2.
Album:
Dark Endless (1992), Those of the Unlight (1993), Opus Nocturne (1994), Heaven Shall Burn... When We Are Gathered (1996), Nightwing (1998) , Panzer Division Marduk (1999) , La Grande Danse Macabre (2001) , World Funeral (2003), Plague Angel (2004) , Rom 5:12 (2007),Wormwood (2009).

my facebook