Sunday, November 20, 2011

kerana facebook...

hmmph x tau nk cter macam mne..

1st story

blew kite gambar2 owng kt fb yg x pakai tudung.. kite dapat dose, so kalo setiap kali ak scroll home aku.. bape byak dose ak dpt dalam 1 hari??
dalam 1 minit ak hmpir 3~4x.. dalam mase 5 jam facebook.
pikir la bpe bnyak.. hukum melihat aurat perempuan adalah HARAM.


2nd story

Aku pun join facebook jugak. So ramailah kawan2 lama yang aku jumpa dan beramah mesra. Tapi lama kelamaan aku mula perasan yang facebook ni dah jadi tempat orang menunjuk-nunjuk pencapaian mereka. Kalau yang pegi oversea tu kalut nak tunjuk tempat mana dia pergi. Ada yang cerita pasal kemegahan diri. Aku rasa malu la sikit sebab ramai kawan-kawan dah tak malu-malu menunjuk-nunjuk perihal kehebatan masing2, aku jdi tukang melihat dan membace je ape downg post

3rd story

aku da byk bace owng maki2 sesame islam, bergadoh.. dan sbgai nyer..
blew ak masuk utk meleraikan.. aku pun kne..
mmg x tringin utk masuk cmpor..tp blew da bace status yg meyakitkan hati.. dri home ak sndri.. ak pn geram..
nak bergaduh bley.. tp jgn law post2 kat wall smpai nk bgitau sume owng.. kan bley settle kn in personal..
blew owng len bace pn bley marah..

4th story

blew kite slalu on9, dan mule bertegur slalu dgn owng yg slalu kite chat.. sedikit sbnyak dowg mesti ade sakitkan ati kite.. kite pn ade jugak sakitkan ati downg.. walaupun itu sbgai gurauan...
pnah blaku pada bestfrenku sendiri.. ni antra sbb ak out dri facebook.. ak x nak carik gado atau menykitkan ati owngl len..

5th story

Ada member ni pulak putus cinta. Satu dunia dia nak bagi tau dia putus cinta dengan ayat2 pra sedar dye..
naek meluat ak tgk.. smpai nk bunuh diri la.. ape ni? mne letak nye agame?

jadi dari sini ak mengambil keputusan utk keluar dari facebook.. jauh dari dunia hayalan =) terbang jauh.. dari kwan2.. bukn disebb kn dendam atau benci.. sebb ak syg kwn2 ak.. ak x nak lukakan ati downg.. =)
aku masih ade blog ni utk luah kan sgalenye =)

Monday, November 7, 2011

bersyukur la akan diri kite seadanye..



hari ni 7 november 2011, selepas tolong ayah dan ibu ku di ladang
kami berhenti sembhyg dan mkan tghari..
ayah & ibu ku pergi dlu k masjd.. aku pergi kedai mkn.
kerane gastricku semakin mnjadi
aku terlihat seowng, lelaki yg kurang upaye..
sedang membantu ibu nye..
mate ku mule berair melihatnye.
penglihatan ku tertumpu pada dirinye dri awal hingge akhir.
ku melihat gelagat nye membuat kje.


hmmphh.. blew aku meliha owng OKU di hadapanku..
ak lemah.. dan ak sedeh tgk dy.. cam mne mase depan dy nnt.
ak + sedeh blew tgk diri ak sndri..
sebb ak x pnah bersyukur dgn pemberian nye pada diri ku

kdang2 ak berfikir yg knpe ak ni x dilahrikn hensem, mcam owng len
yg sedia ade hensemm.. ckup sgale2nye
dan ak slalu berfikir knpe la ak xdilahir kn kaye...
utk ak teruskn impian business ak..

walaupn dy macam ni.. dy tetap terus kn idup dy..
bukan dy nk utk lahir sebegini..
dan ak ngaku.. dri nye lebih baek dri ku..
dy cekal dalam menempuh hari2 dy..
dy tetap tolong mak ayah dy dekat kedai.
walaupn keje yg dibuat lambat..
walaupn keje yg dibuat byk ksilapnnya..
tp keikhlasan ati nye.. jelas dri air mukenye

knpe ak yg diberi tubuh yg sihat sukar utk bntu ibu ku??
sukar utk membantu ayah ku??
entry kali ni mengharapkan aku sedar..
yg ade owng jauh lebih sukar dri aku.

ak diberikan bilik yg bsar dri ayah ibuku..
ckup sgale2nye.. wireless, aircond, water heater, tv, kipas ciling, kipas bwah
duit blanje, meje bljar sndri, laptop, deskstop dan ak juge di beri kan kerete...
tp knpe? . . . . . . . . . . . .
knpe? . . . . . .
knape ak susah utk berikn ape yg ibu dan ayah ku mahu kn??
knpe ak x bersyukur dgn ape yg ak dpt?
knpe perlu ak lawan kate2 ibu & ayh ku?

yaAllah bwa la dri ku kejalanMu..
berikan la ak rohani dan jasmani yg baek..
utk selamenye.. aku berjanji padamu yaAllah..
akn ku ubah sikap burukku.. akn ku jdi insan yg bergune..
akn ku bantu owng yg sebekekurangan ini



yaAllah ak memohon keampunan kepada Mu..
maaf kan ku, ya Tuhanku..

Sunday, November 6, 2011

Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur





Wall Photos
Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Saturday, November 5, 2011

Cara Atas Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)



Imam al-Ghazali ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam
Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang
Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah
Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat
Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain
Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

3 cara henti sifat mengumpat :


Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan perkara yang wajib kita ikuti untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah:

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar
Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang
Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

my facebook